IzzatEshak.com

Blog bicara bersama Izzat Eshak

IzzatEshak.com

Multi Level Marketing

Ditulis pada 23 May 2013 | Kategori: Bisnes | Komen: 3 Comments

MLM cover Multi Level Marketing

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Multi Level Marketing atau selalu disebut MLM merupakan sebuah lagi cabang dalam Marketing.

Secara ringkas, MLM adalah sebuah pemasaran yang memberi pulangan melibatkan penjualan peribadi (personal sales) serta pulangan dari penjualan orang lain yang berada di bawah mereka. Orang lain ini berada di dalam kumpulan, disebut juga sebagai downline. Upline merujuk kepada mereka yang berada di atas seseorang yang menaja pihak tersebut.

Ianya mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Namun, akibat etika yang rendah di kalangan pengamal-pengamalnya, MLM telah dicop sebagai sebuah benda yang sentiasa di lihat jijik. Terdapat banyak MLM yang bagus dan popular, seperti Avon, CNI, Cosway dan Hai-O.

Aku sendiri pernah terlibat dalam MLM pada suatu masa dahulu – zaman remaja belasan tahun.

Aku pernah ditipu dengan MLM dengan janji pelbagai pulangan yang menarik.

Pengajaran daripada tipu itu amatlah berharga pada diri sendiri, sebagai ingatan.

Continue Reading →

Bagaimana nak untung?

Ditulis pada 21 May 2013 | Kategori: Bisnes | Komen: 8 Comments

how to make money Bagaimana nak untung?

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Orang yang berbisnes pasti ingin untung. Namun bagaimana nak untung?

1. Pelbagai cara dan strategi pemasaran yang boleh dirancang dan dibuat untuk mendapatkan keuntungan di dalam sesebuah transaksi jual beli bisnes. Terlalu banyak.

2. Kita kembali ke perkara asas bisnes adalah untuk membuat keuntungan.

Formula ringkasnya : Harga kos + Untung = Harga Jualan

3. Untuk penetapan untung terpulang kepada usahawan itu sendiri, sejauh mana harga/untung yang diinginkan, dan mengikut formula di atas.

4. Salah satu cara adalah mengikut harga pasaran. Sebagai contoh, harga pasaran sebuah laptop model ABC dari pembekal XYZ berharga RM 2000, dan anda dapat harga kos dari pembekal pada harga RM 1600. Maka, RM 400 itulah untung yang anda perolehi.

Continue Reading →

Perbezaan Preview dan Review

Ditulis pada 20 May 2013 | Kategori: Blogging | Komen: 16 Comments

cover preview review Perbezaan Preview dan Review

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Apabila menulis Preview atau Review di ruangan tajuk sesuatu blog, apakah perkara pertama yang hadir di pemikiran anda? Ada perbezaan tak antara kedua-duanya? Biar betul takde.

Ok, entri petang isnin ini, aku ingin ulas sedikit sahaja mengenai penggunaan Preview dan Review dalam penulisan. Aku perasan ada blogger yang hentam kromok je nak guna salah satu dari term di atas ni. Banyak perbezaannya. Tak salah nak tulis preview atau review tentang sesuatu produk, servis, mahupun filem-filem yang menarik di pawagam.

Meh layan dulu jadual yang ada ni, perbezaan antara Preview dan Review :

Continue Reading →

The Men Who Built America

Ditulis pada 18 May 2013 | Kategori: Bisnes | Komen: 11 Comments

the men who built america The Men Who Built America

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Bagi pembaca yang sedar, awal bulan tempoh hari aku ada post entri berkenaan sebuah rancangan televisyen keusahawanan – The Apprentice.

Kali ini berlainan sedikit, ianya sebuah dokumentari berkaitan kuasa-kuasa besar yang telah mengubah dan membangunkan amerika syarikat. Ada ditayangkan kat Astro History Channel jugak jika anda perasan. Aku terikut pertengahan satu eposid, dan kemudiannya download keempat-empat episod kerana teruja dengan cara penceritaan dan gaya strategi bisnes yang diterangkan.  Memang berbaloi

Dokumentari bersiri aku syorkan ini diberi nama The Men Who Built America.

Continue Reading →

Keperluan Kad Bisnes

Ditulis pada 17 May 2013 | Kategori: Bisnes | Komen: 6 Comments

keperluan kadbisnes Keperluan Kad Bisnes

Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.

Sebagai seorang usahawan (bahkan seorang pekerja), kad bisnes adalah satu keperluan.

Kad bisnes adalah pengenalan mengenai diri anda, dan syarikat yang anda wakili. Ianya juga sebagai peringatan (reminder) untuk seseorang ke atas servis dan produk jualan kita. Dalam konteks seorang usahawan, kad bisnes adalah penganti diri untuk pemasaran secara jangka masa panjang. Kad bisnes yang diberi kepada orang lain akan disimpan, dan akan dikeluarkan semula dari simpanan apabila diperlukan.

Pernah berlaku kat diri anda sendiri juga kan?

CONTOH SITUASI : Apabila ingin menempah gas yang kehabisan, kita buka semula kad bisnes kedai runcit jauh di bawah taman perumahan kita, minta mereka hantar tong gas baru.

Atau anda teringin nak beli kereta, teringat rakan lama ada buka bisnes jualan kereta proton. Mesti lebih senang berurusan dengan kawan lama itu. Terus anda cari kad bisnes beliau dalam album kad bisnes. Jumpa!

Continue Reading →